Insyaalah umur sekarang 50 tahun baki lagi 13 tahun kalau bertahan dengan kehendak allah,kita umat Muhammad paling lama 63 tahun kalau lebih dah kira bonus..
1961 dilahirkan-19 April 1961-bersamaan 3 Zulkeadah 1380 hari rabu
1968 daftar sekolah Rendah Ahmad Pekan(Drajah 1)
1969 Drajah 2
1970 Drajah 3
1971 Drajah 4
1972 Drajah 5
1973 Drajah 6
1974 masuk tingkatan 1 Sekolah Menengah Ahmad
1975 tingkatan 2
1976 tingkatan 3-menduduki peperiksaan LCE/SRP masa tu..gagal kerana guru yang semak
kertas tak faham jawapan aku.
1977 hingga 1978 -mengulang di Maktab Adabi dikuantan-duduk ngan abang cik depan
Champion Motor masa tu abang cik kerja kat situ.
Lulus sambung belajar...
1978 daftar Sekolah Sultan Abu Bakar Kuantan untuk Tingkatan 4 (duduk di asrama)
1979 Tingkatan 5-ambil MCE/SPM masa tu ...lulus 3 je cukup makan.
1980 menggangur jadi tuan besar makan tidur berak canggkung..
1981 daftar kat Institut Kemahiran Mara(IKM TSYA) ambil kursus Memelihara
Gergaji(SAW DOCTORING)
1982 tamat latihan-terima sijil IKM dengan LLPPKK peringkat pertengahan...dapat offer
ambil kontrak asah mata gergaji di syarikat MALATAB bertahan selama 6 bulan
dapat tawaran IKM jadi tenaga pengajar Kontrak.
1983 menjadi tenaga pengajar Saw Doctoring masa ni xxction le budak panggil
cik gu..he..he kelakor.Bertahan selama setahun 6 bulan kontrak tamat.
1984 Rezeki tiba lagi ..tawaran menjadi juruteknik sementara,apa lagi terima je..amim
1989 berkahwin dengan Hazizah binti Abdul Hamid-..tarikh lahir dia -6 Jun 1970 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1390 hari sabtu,semasa berkahwin umur aku 28 beliau pula 19 tahun budak hingusan lagi(nak memasak kena ajar..sekarang dia jadi tauke and tukang masak pro pulok.)
1990 Dapat anak pertama Intan Juaini Azlie -9hb Nov bersamaan 20 Rabiul Akhir 1411
hari Jumaat.
1992 kedua Mohammad Nursalam-7hb Mac bersamaan 3 Ramadan 1412 hari Sabtu.
1993 ketiga Ummi Norsshikin -29hb July bersamaan 9 Safar 1414 hari Khamis.
1997 Keempat Balqis -24hb Feb bersamaan 16 Syawal 1417 hari Khamis.
2004 Kelima Muhamad Adib -26hb Feb bersamaan 5 Safar 1425 hari Khamis.
2009 Keenam Nur Hawa 31hb Ogos bersamaan 10 Ramadan 1430 hari
2011 terkini di Jabatan Elektrik telah-anggaran berkhidmat dengan MARA selama lebih kurang 27 tahun,syukur alhamdulillah...Jawatan Tetap dan Berpencen... Kanan lagi.
Rasanye kekok juga nak menempuhi perjalanan tersebut,tapi apakan daya kita tiada pilihan kerana Jodoh (pertemuan ).Ajal( kematian).Kehidupan( rezeki) allah yang tentukan kita hanya berusaha,berdoa dan bertawakal.
No comments:
Post a Comment