Tuesday, April 7, 2009

Jujur ikhlas siri 2



Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul ...".
Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?," tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes", jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg ...., nah terima baaa..."
Belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat
hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham"... "Jikalau hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Normala Shamsuddin. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin. Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!". terang si pencari kayu ikhlas.
Mendengar penjelasan si pencari kayu, pari pari pun menukar kan nya menjadi seorang datuk..hai korang tak kan tak tau nama datuk tu sapa kan?
Sekian adanya TAMMAT

No comments: