Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu.
Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.
Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan halyang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.
"Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari-pari.
"Bukan...", jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?", tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini", jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?,
duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab si pencari kayu jujur.
Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu.
"Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.
No comments:
Post a Comment