adalah dimaklumkan bahawa jika terdapat sebarang percangahan fakta yang diberi,abaikan sahaja kerana ini adalah datangnya daripada aku yang lemah....tetapi jika boleh dijadikan amalan ataupun nasihat maka aku serahkan kepada ALLAH juanya.
Tuesday, April 28, 2009
NERAKA
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer...
x smp 5 minit..pun!! !
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua
ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang
Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak
pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah
dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ...
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka
ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
dari padanya...'
Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarumnescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas
dari yang lain70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas)
Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempatorang- orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosabesar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalamrumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis
dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan
Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yangpanjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.....Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
RasulullahS. A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT
KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-
masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK
MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-
ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu
tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan
memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku danhamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2. ParaAhli Jihad
3. Para Alim Ulama
4.. ParaSyuhada
5. Para Penghafal al QURAN
6. Imam atau Pemimpinyang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat itu dari kalangan
orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa
( Ahli Puasa ) dari kubur mereka didalam keadaan letih dan dahaga. Maka
ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan
SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-
anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari
nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan
buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-
daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud ;
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu.'
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaatialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan
mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.'
Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
Tuesday, April 7, 2009
Amalan 5 S dirumah
Kita seharusnya mengajar anak-anak kita berdisplin.
Tegur dan ajar mereka membersih, mengemas rumah supaya nampak cantik dan sejuk mata memandang.
Bilik tidur mestilah sentiasa teratur rapi dan tidak berselerak,susunatur almari baju dan katil.
Ruang tamu rumah perlu di sapu tiap hari sekiranya ada kelapangan.Susun kerusi perabut yang ada dengan citarasa ceria.Bersihkan abuk-abuk yang ada dicelah-celah almari hiasan dan TV.
Tandas pula adalah tempat yang seharusnya diberi keutamaan agar sentiasa selasa untuk diguna.
Semoga amalan tersebut akan mereka terjemahkan diluar sana seperti di Sekolah,Asrama,tempat awam dan dimana saja mereka berada.
Sesungguhnya Islam menuntut kita umatnya menjuruskan kepada kebaikan dan kebajikan.
Buktikan kita mampu mengamalkannya.
Apa itu / apa maksud 5S
Amalan ini berasal daripada masyarakat JEPUN.
1-S SEIRI(SISIH) MENGASINGKAN BARANG-BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN DITEMPAT
TERTENTU UNTUK PENGASINGAN ATAU DIBUANG.
2-S SEITON(SUSUN) SUSUN BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN DENGAN TERATUR SUPAYA
IAMUDAH DICARI DAN DIAMBIL APABILA DIPERLUKAN.
3-S SEISO (SAPU) BERSIHKAN TEMPAT DIMANA KITA BERKERJA-CONTOH NYA DAPUR
MEMASAK ATAU PUN MEJA BELAJAR SELEPAS KERJA SEKOLAH DAN
SEBAGAINYA.
4-S SEIKETSU (SERAGAM) MEMELIHARA TARAF PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN PENYUSUNAN YANG
OPTIMA SETIAP MASA.
5-S SHITSUKE
(SENTIASA AMALKAN) MELATIH KITA SEMAU MEMATUHI SEMUA PERATURAN SERTA PENJAGAAN
KEBERSIHAN YANG BAIK DENGAN SENDIRINYA
Jujur ikhlas siri 2


Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul ...".
Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?," tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes", jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg ...., nah terima baaa..."
Belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat
hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham"... "Jikalau hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Normala Shamsuddin. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin. Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!". terang si pencari kayu ikhlas.
Mendengar penjelasan si pencari kayu, pari pari pun menukar kan nya menjadi seorang datuk..hai korang tak kan tak tau nama datuk tu sapa kan?
Sekian adanya TAMMAT
Sunday, April 5, 2009
Jujur Ikhlas Allah suka
Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.
Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan halyang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.
"Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari-pari.
"Bukan...", jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?", tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini", jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?,
duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab si pencari kayu jujur.
Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu.
"Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.
Thursday, April 2, 2009
info handset -pastikan yang ori

"UNTUK PERTAMANYA
Tekan *#06#
Maka, terkeluarlah nombor identiti henset korang.
Rujuk pada digit yang ke-7 dan ke-8.
1 2 3 4 5 6 <7> <8> 9 10 11 12 13 14 15
Nombor siri hp korang : x x x x x x ? ? x x x x x x x
- jika nombor tersebut adalah "02" ataupun "20" menunjukkan hp anda berasal dari China yang mempunyai kualiti yang agak rendah.
- jika nombor tersebut adalah "08" atapun "80" menunjukkan hp anda dibuat di Jerman dan sudah pastilah kualiti terjamin.
- jika nombor tersebut adalah "01" atau "10" menunjukkan hp anda dikilangkan di Finland dan tentunya mempunyai kualiti yang baik.
- jika nombor tersebut adalah "00" menunjukkan bahawa hp anda dihasilkan di kilang yang asal dan mempunyai kualiti mobil yang terbaik.
- jika nombor tersebut adalah "13" menunjukkan bahawa hp anda berasal dari Azerbaijan dan mempunyai kualiti yang rendah dan dipercayai akan membawa mudarat kepada pemilik hp tersebut.
Wednesday, April 1, 2009
SOLAT PEJAM MATA
Kepada Ustaz yang saya hormati saya mahu bertanya tentang sholat,
apakah boleh sewaktu kita sholat mata kita terpejam ?
Soalnya saya pernah ketika sholat mata saya terpejam dan menangis kerana
membayangkan dosa-dosa yang telah saya lakukan sehingga bacaan
surahnya hanya dalam hati?
Pertanyaan saya apakah sah sholat saya itu Ustaz?
Terima kasih
Wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Waris
Jawapan:
Syeikh Muhammad ibnu Utsaimin dalam kitabnya As Syarhul
Mumti’ 4/52 beliau berkata:
Pendapat yang shahih hukumnya makruh, kerana menyerupai perbuatan
orang Majusi saat mereka menyembah api, di mana mereka memejamkan
mata mereka. Dan dikatakan juga, perbuatan itu termasuk perbuatan
orang Yahudi.
Menyerupai perbuatan bukan Islam, sekurang-kurangnya adalah haram,
sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikhul Islam (Ibnu Taimiyah -pent-).
Maka memejamkan mata dalam shalat sekurang-kurangnya menjadi makruh,
kecuali kalau ada faktor penyebabnya, seperti disekelilingnya terdapat
hal yang menyibukkannya (mengganggunya) bila dia membuka kedua matanya,
maka pada saat itu dia memejamkan kedua matanya untuk menjauhi faktor
yang merosakkan itu.
Jika ada orang yang mengatakan : saya mendapati diri saya lebih
khusyu’ kalau seandainya kedua mata dipejamkan, apakah anda akan
menfatwakan agar saya memejamkan kedua mata ?
Jawapannya : tidak, kerana kekhusyukan ini, di mana anda mendapatkannya
dengan mengerjakan hal yang makruh datangnya dari syaitan, hal itu
seperti khusuknya kaum sufi dalam membaca zikir-zikir mereka yang
mereka jadikan ibadah, sementara perbuatan itu adalah bid’ah.
Kadang-kala syaitan akan menjauhkan dari hati anda bila anda memejamkan
kedua mata anda, lalu ia tidak menggannggu, supaya syaitan itu
menjatuhkan anda untuk berbuat hal yang makruh. Maka kita katakan :
bukalah kedua matamu dan berusahalah untuk khusyuk di dalam shalatmu.
Adapun anda memejamkan kedua mata anda untuk khusyuk tanpa ada sebab,
maka itu tidak boleh, kerana ini daripada syaitan”. (ini akhir dari
perkataan syeikh).
Perlu anda ketahui bahwa faktor utama untuk mendapatkan shalat khusyuk
adalah shalat seperti shalatnya Rasulullah, dan Rasulullah tidak
pernah memejamkan matanya, kalau seandainya memejamkan mata itu adalah
cara terbaik untuk mendapatkan kekhusyukan pastilah Rasulullah telah
mengajarkannya kepada kita.
Adapun masalah membaca dalam hati, itu menyelisihi sunnah kerana
membaca itu adalah dengan mengerakkan bibir dan mendengarkan bacaan
itu untuk diri kita sendiri. Inilah makna membaca menurut bahasa Arab,
shalat itu terbahagi dua, jahriyah dan sirriyah, jahriyah adalah
dengan mengeraskan suara, adapun siriyah adalah dengan melunakkan
suara, dimana yang mendengarkan itu adalah kita sendiri, tentu dengan
mengerakkan bibir.
Adapun apa yang telah anda perbuat, Insya Allah shalat anda sah dan
diterima Allah kerana anda tidak mengetahui hukumnya, adapun setelah
ini, janganlah mengulangi perbuatan tersebut.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita shalat yang khusyuk dan
menerima seluruh ibadah kita, amiin. wallahu’alam