Wednesday, December 30, 2009

info drp semasa online

AMARAN] Inilah Kesan Menggunakan Telefon Bimbit (HP) Semasa……..

by Admin [ Master G ] on December 31, 2009

in Berita Santai

Kalau dahulu, telefon bimbit bukanlah suatu kemestian. Tetapi lihat sekarang, ia sudah jadi satu keperluan. Sedangkan budak-budak sekolah ketika ini sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Canggih-canggih pula tu. Tetapi kita kena selalu beringat semasa menggunakan telefon bimbit anda. Kadang-kadang kita selalu terlepas pandang benda yang sekecil-kecil perkara. Perkara kecil itulah yang boleh membawa kesan kepada diri kita. Saya suka mengingatkan diri saya sendiri dan juga pembaca beritasemasa.com. Sebab, kita boleh ubah tabiat yang kita buat sehari-hari. Selepas melihat gambar di bawah, kita semua tidak lagi melakukan perkara yang sama selepas ini. Ini kerana sudah ada yang terkena, jangan sampai anda menjadi mangsa seterusnya selepas ini.

  1. “Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN diletakkan dekat anda ketika mengecas”
  2. “Jangan pernah menjawab panggilan masuk ke HP saat sedang dicas!!”

Dalam satu kejadian, seorang lelaki sedang mengecas telefon bimbit kesayangan di rumahnya. Beberapa hari yang lalu, seorang laki2 sedang mengecas telefon bimbit di rumahnya. Dalam waktu yang sama, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya yang mana ketika itu telefon bimbitnya masih tersambung dengan kabel eletrik.

Kedua ibubapanya bergegas ke biliknya dan anaknya dalam keadaan pengsan masa itu, dengan degupan jantung dan jari terbakar. Setelah beberapa saat, tanpa dijangka arus eletrik masuk ke telefon bimbitnya lelaki muda tersebut tercampak ke lantai dalam badannya kekejangan. Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi “nyawanya sudah tak dapat diselamatkan” ketika sampai ke hospital.

P/S : Telefon bimbit adalah satu teknologi yang menjadi satu keperluan pada masa kini. Tetapi, kita harus berhati-hati kerana telefon bimbit yang kita anggap sebagai kawan boleh menjadi lawan sehingga boleh menyebabkan kematian. Elakkan diri menggunakan bila tersambung di suis.

Tuesday, September 15, 2009

info kesihatan daripada SIM

PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www.omaQ. org

Tuesday, September 1, 2009

Berbuka di hospital



Hari ini kami berkampung diHospital Ktn untuk berbuka puasa dengan baby baru,seronok juga....
Intan kalau bab makan memang cum punya tolak kayu ngan besi je.

Baby MERDEKA




Alhamdulilah "Syukur" itu lah kalimah yang wajib di sebut sekiranya mandapat nikmat daripada allah,pada 31.08.2009 lebih kurang 7.28 malam bersamaan 10 Ramadan lahirlah anak ku yang ke6.Sangkaan anak lelaki tidak tepat kerana allah lebih mengetahui akan kurniaanya.

Apa pun pengelaman ini tidak aku lupa kan kerana beliau diantara anak-anak yang lahir ditahun menyamput kemerdekaan negara Malaysia.

Monday, July 13, 2009

Banyak yang kita tak tahu


Adakah anda tau?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa


3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau = penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. Anda perlu cuba jika tak percaya.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja) 27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

kekekeke!!! OK dah pegi buat keja kekeke!!!

Thursday, June 25, 2009

Sunday, June 21, 2009

Janji Allah di Bulan REJAB



Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt


2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa


3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt


4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat


5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah


6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga


7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"


Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

Monday, May 11, 2009

INFO GOJI






14 April, 2009

Sg Chua
Kajang ,
Selangor



Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?

Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya..

Semuanya atas dasar, makanan kesihatan.



Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.

Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.

------------------------------------------------------
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.

Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini..

Goji?

Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.

Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.

Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..

Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.

Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu.

Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini..

Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik.

Saya adalah wartawan yang sama sekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.

Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.

Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.

Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.

Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.

Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini.

Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini.

Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.

Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan.

Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.

Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama.

Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen.

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.

Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.

Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama.

Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.

Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin.

Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.

Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.

‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.

Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.

Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :

- kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus.

-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.

-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit.

- Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’.

Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari.

Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus.

Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit..

Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.

Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan.

Dan pemerhatian juga mendapati, 'Goji' terbabit sebenarnya diproses dan dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.

http://ondscene.via.my/2009/04/goji-sesuatu-yang-mengejutkanmemeranjat.html





--
Dr. Ahmad bin Mahmud
Dean.

Tuesday, April 28, 2009

NERAKA

UASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer...

x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua
ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang
Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak
pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah
dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ...

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka
ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarumnescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas
dari yang lain70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:

'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempatorang- orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosabesar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalamrumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis
dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan
Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yangpanjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

RasulullahS. A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT
KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-
masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK
MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-
ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu
tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan
memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku danhamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2. ParaAhli Jihad

3. Para Alim Ulama

4.. ParaSyuhada

5. Para Penghafal al QURAN

6. Imam atau Pemimpinyang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat itu dari kalangan
orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa
( Ahli Puasa ) dari kubur mereka didalam keadaan letih dan dahaga. Maka
ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan
SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-
anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari
nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan
buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-
daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud ;
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaatialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan
mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.'
Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============

'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Tuesday, April 7, 2009

Amalan 5 S dirumah


Kita seharusnya mengajar anak-anak kita berdisplin.
Tegur dan ajar mereka membersih, mengemas rumah supaya nampak cantik dan sejuk mata memandang.
Bilik tidur mestilah sentiasa teratur rapi dan tidak berselerak,susunatur almari baju dan katil.
Ruang tamu rumah perlu di sapu tiap hari sekiranya ada kelapangan.Susun kerusi perabut yang ada dengan citarasa ceria.Bersihkan abuk-abuk yang ada dicelah-celah almari hiasan dan TV.
Tandas pula adalah tempat yang seharusnya diberi keutamaan agar sentiasa selasa untuk diguna.

Semoga amalan tersebut akan mereka terjemahkan diluar sana seperti di Sekolah,Asrama,tempat awam dan dimana saja mereka berada.
Sesungguhnya Islam menuntut kita umatnya menjuruskan kepada kebaikan dan kebajikan.
Buktikan kita mampu mengamalkannya.

Apa itu / apa maksud 5S

Amalan ini berasal daripada masyarakat JEPUN.

1-S SEIRI(SISIH) MENGASINGKAN BARANG-BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN DITEMPAT
TERTENTU UNTUK PENGASINGAN ATAU DIBUANG.


2-S SEITON(SUSUN) SUSUN BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN DENGAN TERATUR SUPAYA
IAMUDAH DICARI DAN DIAMBIL APABILA DIPERLUKAN.

3-S SEISO (SAPU) BERSIHKAN TEMPAT DIMANA KITA BERKERJA-CONTOH NYA DAPUR
MEMASAK ATAU PUN MEJA BELAJAR SELEPAS KERJA SEKOLAH DAN
SEBAGAINYA.

4-S SEIKETSU (SERAGAM) MEMELIHARA TARAF PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN PENYUSUNAN YANG
OPTIMA SETIAP MASA.

5-S SHITSUKE
(SENTIASA AMALKAN) MELATIH KITA SEMAU MEMATUHI SEMUA PERATURAN SERTA PENJAGAAN
KEBERSIHAN YANG BAIK DENGAN SENDIRINYA

Jujur ikhlas siri 2



Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul ...".
Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?," tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes", jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg ...., nah terima baaa..."
Belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat
hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham"... "Jikalau hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Normala Shamsuddin. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin. Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!". terang si pencari kayu ikhlas.
Mendengar penjelasan si pencari kayu, pari pari pun menukar kan nya menjadi seorang datuk..hai korang tak kan tak tau nama datuk tu sapa kan?
Sekian adanya TAMMAT

Sunday, April 5, 2009

Jujur Ikhlas Allah suka

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu.
Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.
Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan halyang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.
"Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari-pari.
"Bukan...", jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?", tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini", jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?,
duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab si pencari kayu jujur.
Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu.
"Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

Thursday, April 2, 2009

info handset -pastikan yang ori


"UNTUK PERTAMANYA

Tekan *#06#

Maka, terkeluarlah nombor identiti henset korang.
Rujuk pada digit yang ke-7 dan ke-8.

1 2 3 4 5 6 <7> <8> 9 10 11 12 13 14 15

Nombor siri hp korang : x x x x x x ? ? x x x x x x x




- jika nombor tersebut adalah "02" ataupun "20" menunjukkan hp anda berasal dari China yang mempunyai kualiti yang agak rendah.


- jika nombor tersebut adalah "08" atapun "80" menunjukkan hp anda dibuat di Jerman dan sudah pastilah kualiti terjamin.


- jika nombor tersebut adalah "01" atau "10" menunjukkan hp anda dikilangkan di Finland dan tentunya mempunyai kualiti yang baik.


- jika nombor tersebut adalah "00" menunjukkan bahawa hp anda dihasilkan di kilang yang asal dan mempunyai kualiti mobil yang terbaik.


- jika nombor tersebut adalah "13" menunjukkan bahawa hp anda berasal dari Azerbaijan dan mempunyai kualiti yang rendah dan dipercayai akan membawa mudarat kepada pemilik hp tersebut.

Wednesday, April 1, 2009

SOLAT PEJAM MATA

Kepada Ustaz yang saya hormati saya mahu bertanya tentang sholat,
apakah boleh sewaktu kita sholat mata kita terpejam ?
Soalnya saya pernah ketika sholat mata saya terpejam dan menangis kerana
membayangkan dosa-dosa yang telah saya lakukan sehingga bacaan
surahnya hanya dalam hati?

Pertanyaan saya apakah sah sholat saya itu Ustaz?

Terima kasih
Wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Waris

Jawapan:

Syeikh Muhammad ibnu Utsaimin dalam kitabnya As Syarhul
Mumti’ 4/52 beliau berkata:

Pendapat yang shahih hukumnya makruh, kerana menyerupai perbuatan
orang Majusi saat mereka menyembah api, di mana mereka memejamkan
mata mereka. Dan dikatakan juga, perbuatan itu termasuk perbuatan
orang Yahudi.

Menyerupai perbuatan bukan Islam, sekurang-kurangnya adalah haram,
sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikhul Islam (Ibnu Taimiyah -pent-).
Maka memejamkan mata dalam shalat sekurang-kurangnya menjadi makruh,
kecuali kalau ada faktor penyebabnya, seperti disekelilingnya terdapat
hal yang menyibukkannya (mengganggunya) bila dia membuka kedua matanya,
maka pada saat itu dia memejamkan kedua matanya untuk menjauhi faktor
yang merosakkan itu.

Jika ada orang yang mengatakan : saya mendapati diri saya lebih
khusyu’ kalau seandainya kedua mata dipejamkan, apakah anda akan
menfatwakan agar saya memejamkan kedua mata ?

Jawapannya : tidak, kerana kekhusyukan ini, di mana anda mendapatkannya
dengan mengerjakan hal yang makruh datangnya dari syaitan, hal itu
seperti khusuknya kaum sufi dalam membaca zikir-zikir mereka yang
mereka jadikan ibadah, sementara perbuatan itu adalah bid’ah.
Kadang-kala syaitan akan menjauhkan dari hati anda bila anda memejamkan
kedua mata anda, lalu ia tidak menggannggu, supaya syaitan itu
menjatuhkan anda untuk berbuat hal yang makruh. Maka kita katakan :
bukalah kedua matamu dan berusahalah untuk khusyuk di dalam shalatmu.
Adapun anda memejamkan kedua mata anda untuk khusyuk tanpa ada sebab,
maka itu tidak boleh, kerana ini daripada syaitan”. (ini akhir dari
perkataan syeikh).

Perlu anda ketahui bahwa faktor utama untuk mendapatkan shalat khusyuk
adalah shalat seperti shalatnya Rasulullah, dan Rasulullah tidak
pernah memejamkan matanya, kalau seandainya memejamkan mata itu adalah
cara terbaik untuk mendapatkan kekhusyukan pastilah Rasulullah telah
mengajarkannya kepada kita.

Adapun masalah membaca dalam hati, itu menyelisihi sunnah kerana
membaca itu adalah dengan mengerakkan bibir dan mendengarkan bacaan
itu untuk diri kita sendiri. Inilah makna membaca menurut bahasa Arab,
shalat itu terbahagi dua, jahriyah dan sirriyah, jahriyah adalah
dengan mengeraskan suara, adapun siriyah adalah dengan melunakkan
suara, dimana yang mendengarkan itu adalah kita sendiri, tentu dengan
mengerakkan bibir.

Adapun apa yang telah anda perbuat, Insya Allah shalat anda sah dan
diterima Allah kerana anda tidak mengetahui hukumnya, adapun setelah
ini, janganlah mengulangi perbuatan tersebut.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita shalat yang khusyuk dan
menerima seluruh ibadah kita, amiin. wallahu’alam

Thursday, March 19, 2009

Mencari yang HALAL itu WAJIB




If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game).!


E100, E110, E120, E140,
E141 E153,
E210, E213,
E214, E216, E234, E252,

E270 E280
E325, E326,
E327 E334 E335, E336
E337
E422, E430, E431,
E432, E433, E434,
E435,
E436, E440, E470, E471,
E472,
E473, E474, E475,
E476, E477, E478,
E481,
E482, E483, E491, E492,
E493,
E494, E495,
E542,
E570, E572, E631, E635,
E904.


Dr.M.Amjad Khan
Medical Research Institute
United States

KOD E = babi

Kita hendaklah sedar bahawa sebenarnya tujuan pihak kapitalis merancang Pelabelan Ramuan Makanan di bawah Sistem Kod pada sekitar tahun 1800 an adalah sebahagian utamanya untuk mengelirukan Pengguna - khasnya Pengguna Islam. (Sila rujuk kepada pendapat Dr. M Amjad Khan di dalam artikel beliau “Kenapa perkataan “Babi” tidak di label dan diganti dengan Kod E”). Apatah lagi terlalu banyak penambah makanan / komponen yang dikeluarkan dari hari ke hari, dengan pengunaan kaedah bercampur aduk yang sangat meragukan.


Hanya pihak pengeluar ramuan sahaja yang benar-benar mengetahui apakah komponen ramuan yang dicipta. Kita juga patut sedar bahawa 80% pihak kapitalis adalah orang kafir dan kebanyakan mereka merupakan manusia yang tamak dan haloba.

Oleh yang demikian, cara yang paling berkesan untuk membalas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ialah
JANGAN membeli / memakan barang-barang yang meragukan. Kita mesti bersatu, memboikot dan membeli hanya daripada pengusaha-pengusaha Islam sahaja. Kita jangan terbawa-bawa dengan slogan “Malaysia Negara Islam” atau “Malaysia is a Halal Hub”.

Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah apa yang kita makan.
Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM dan telah tersebar luas melalui emel-emel anda.

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe


Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran


Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express


Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik
pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan
halal yang ditetapkan.

2. Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.
Bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

4. Café :
Untuk makluman Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

5. Restoran Dome
dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Gerai-Gerai makan
Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM 7. Confectionery Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM,
Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


8
. Restoran Burger King - Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

9. Sosej ayam - Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

10.Berkenaan Mewarnakan rambut : dari segi hukum syarak terbagi kepada

1) Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2) Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda
3) Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4) Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5) Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient / ramuan pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana, kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persoalan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.
Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

Waallahua'lam

Tuesday, March 17, 2009

Renungan















Rajin bekerja,rajin bercakap? BAGUS
Rajin bekerja,malas bercakap? KENA BULI
Malas bekerja,rajin bercakap? WAYANG KULIT
Malas bekerja,malas bercakap? TAK GUNA
Malas bekerja,suka mengadu? LALAT HIJAU
Malas bekerja,selalu ponteng?BERHENTI
Malas bekerja,suka termenung? MATI
Rajin bekerja,rajin mengadu? KAKI BODEK

DIMANAKAH ANDA???????...

Friday, March 13, 2009

Mak Moon IN HOUSE TRAINING







Bersama kawan-kawan sekolej....KOLEJ KEJURURAWAT KUANTAN PAHANG

TAMAN YACOB JAYA (LOT 570)

PROJEK PERUMAHAN DIKETAPANG TENGAH ,
PEMILEHAN TAPAK UNTUK AHLI KELUARGA SERAMAI 7 PESERTA,ANDAIKATA BERMINAT BOLEH MEMBUAT PENAMBAHAN DENGAN CARA PINJAMAN BANK.

JUALAN UNTUK ORANG RAMAI AKAN DIURUSKAN OLEH PIHAK PEMAJU.
INSYAALLAH AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI.




Wednesday, March 11, 2009

Info minda

Berikut adalah beberapa kaedah yang akan membawa kepada rangsangan kedalam minda.

1. Dedahkan anak-anak dengan input yang pelbagai - mereka belajar melalui penglihatan, pendengaran, deria rasa dan lain-lain. Tunjukkan mereka kawasan sekitar setiap kali anda memandu sebagai contohnya. Kemudian anda tidak akan pelik bagaimana budak berumur tiga tahun boleh memandu arah orang lain dari rumah anda ke rumah nenek mereka. :) (contoh je tu..banyak contoh lain lagi kan)

2. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri anak-anak - motivasi penting. Jangan suka merendah-rendahkan mereka dengan mcm2 kerenah kita yang mcm bosan nak layan anak2. Ada segelintir ibubapa yang suka membiarkan anak cucu dengan soalan yang tidak berjawab. Anda tidak membantu perkembangan mereka dengan kedinginan anda ini.

3. Beri didikan agama yang intensif dan lengkap. Telah terbukti bahawa anak-anak di peringkat sekolah rendah yang berusia sekitar 7 - 10 tahun yang mempunyai pencapaian yang cemerlang, mampu untuk menghafal Al-Quran sebanyak 1 juzuk dalam masa 1 - 2 bulan di samping kerja harian seperti pelajar lain. Bagi kita yang penuh dosa noda ni memang lah dah beku sangat otak nak menghafaz tapi bagi anak2 yang suci ini, sebenarnya mereka tidak terbeban jika kita membiasakan mereka.

4. Gambarkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Jangan pernah jemu layan diorang sambil menggambarkan kekuasaan ALLAH. Di sepanjang minggu ini kebetulan saya tidak sihat dan Asmaa' sangat kesiankan saya. Saya mintak dia berdoa pada ALLAH semoga saya dan Arwa cepat sembuh. Asmaa' sehingga kata mcm mana kakak nak doa, kakak tak nampak ALLAH. Kemudian saya kata, kakak doa je, ALLAH dengar kakak doa perlahan ke, kuat ke, Dia dengar. Lalu dia memilih untuk menjerit dengan kuat semoga saya cepat sembuh. Kerana dia percaya, semakin dia bersungguh, semakin cepat doanya dimakbulkan dan hanya kerana ALLAH yang boleh menyembuhkan, tidak yang lain.

5. Beri tugasan yang mencabar. Sekalipun yang tak mencabar, mcm suruh buat buku skrap, otak dia akan tetap berkembang, daripada dia duduk saja2 dan tengok kartun yang tak munasabah.

6. Beri contoh teladan yang mudah diikuti atau dicapai oleh anak-anak. Nama pun budak, jangan suruh dia ikut model yang susah2, nanti dia lak yang frust tak dapat nak ikut kita kata.

7. Jangan terlalu menyuapkan bahan-bahan ke minda anak-anak. Galakkan mereka mencari sendiri. Sebagai contoh, kapit kuku, ikat jam, pakai baju..satu contoh mudah tapi jika mereka tak biasakan sendiri, maka sampai ke sudah lah anda yang akan mengepit kuku mereka, yang akan memakaikan jam untuk mereka dan lain2.

8. Ibu bapa perlu menceritakan pengalaman positif mereka yang lalu untuk dicontohi. Wah, yang ni saya rasa tak cuba lagi..he he

9. Apabila berbual dengan anak-anak, tinggalkan persoalan untuk anak-anak mencari sendiri jawapannya. Anda akan ketawa dengan jawapan mereka. Enjoy this...

10. Selalu gambarkan perkara abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasan bersama keluarga pada masa akan datang. Contoh kalau nak jual tapai, jangan buat sorang2. Anak2 sebesar 3-4 tahun sudah boleh membantu :) (tapai lagi????..)

11. Agihkan sebahagian daripada tugas ibu bapa yang mudah-mudah kepada anak-anak. Yang ni kalau asyik anda sendiri yang buat, maka bilalah anak anda akan pandai tolong anda.

12. Rangsang anak-anak dengan teknik berfikir, teknik belajar dan teknik bersoal-jawab dengan betul.


Merangsang Minda Dari Segi Fizikal
•Pastikan anak-anak diberi pemakanan yang seimbang, berzat dan berkhasiat. Realitinya, orang kita kurang memberi penekanan terhadap pemakanan yang sebenarnya.
•Beri kemudahan untuk anak-anak mendapat makanan tambahan (food supplement) seperti vitamin, kismis, susu, buah tamar, air kacang soya dan sebagainya,
•Pastikan anak-anak diberi makanan yang bersih, halal dan tidak syubhat dari segi penyediaan dan juga dari segi sumber pendapatan ibu bapa.
•Pastikan anak-anak mendapat riadah ringan setiap hari. Riadah yang cergas akan menyebabkan darah mengalir dengan efisyen ke otak. Darah akan membawa oksigen yang sangat diperlukan oleh otak untuk menghasilkan minda yang cemerlang.

Makanan Tambahan Untuk Merangsang Minda Anak-Anak•Vitamin
•Kismis
•Susu
•Air Kacang Soya
•Kurma

Besarlah harapan kita untuk menjadikan anak2 kita seorang yang berjaya kelak. Maka dari sekarang, mulakanlah dengan usaha yang besar supaya harapan kita nanti tidak hanya harapan, malah satu kenyataan yang amat manis untuk dikongsi bersama. Ya ALLAH mudahkan kami...

Tuesday, March 10, 2009

Teknik Belajar


Teknik belajar 5R-STUV
1.Recopy -Salin Semula
2.Rework all model 5 X -buat semula contoh/cepat/5 x
3.Recite out loud Repeateedly -lafaz kuat berulang kali
4.Recheck -semak semula
5.Reasonnablenes -jawapan berpatutan/sebaliknya
1.S-sumarize -ringkasan nota penting
2.T-test your self -uji diri anda
3.U-use -gunakan
4.V-visualize -bayangkan selalu

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri,Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak'akademik' seperti perkataan,nombor,kebolehan saintifik,matematik,bahasa,analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama,imaginasi,warna,khayalan,ilham,corak,dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana.Umpama adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau adakah ia selalu digunakan untuk dendam,hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait pelajar.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran,maka masanya telahtiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saat yang ada untuk khawalan digunakan untuk membayangkan pelajaran

Teknik pembayang perlu penumpuan.Penumpuan yang serius amat perlu.
Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat,semasa berbaring sebelum tidur malam.semasa duduk berseorangan menenangkanfikiran,semasa menumpang bas atau teksi,semasa distesen bas dan lain-lain.Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur.Bilik sudah gelap,keadaan sunyi sepi.Dalam suasana ini,tenangkan fikiran.Mula bayangkan ia satu demi satu.Untuk menguatkan tumpuan tulis,lukis apa yang diingat diatas tilam dengan menggunakan telunjuk anda.Amalkan ini setiap malam,soal diri anda,satu ke satu soalan,mata pelajaran ke mata pelajaran sehingga tertidur(jangan amalkan mendengar muzik sebelum tidur,hati akan gelap).Ulangi bila terbangun ditengah malam,amalkan ia dari sehari ke sehari,seminggu ke seminggu,sebulan ke sebulan bermula dari 1 hingga ketingkatan 6.Bila ruang khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat,anda akan rasakan hasil usaha ini.bagi anda yang belum mengamalkannya,cuba mula dari sekarang.

Rahsia-Rahsia di sebalik pengurusan masa pelajaran cemerlang.

1- masa sebelum tidur-masa berbaring sebelum tidur,amalkan teknik belajar secara bayangan.menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk diatas tilam.

2-masa terjaga malam-ambil air wuduk solat tahjud 2 rakaat doa minta terangkan hati dan cuba ulang kaji pelajaran siang tadi.

3-masa bercermin-lekat kan nota atau formula yang sulit untuk dihafal.

4-masa sampai awal pagi disekolah-ulangkaji harian/cepat.

5-masa rehat lepas makan-baca majalah atau nobel ringan

6-masa menonton tv-lukis rajah-rajah,peta ,sifir atau formula dan lain2.

MASA ITU EMAS ,rebutlah peluang yang ada....

Tahun 2009 ini adalah milik anak anak ku NURSALAM,UMMI DAN BALKIS......Fokus kepada SPM,UPSR dan PMR
GUNAKAN KEMUDAHAN YANG ADA,DIZAMAN TANPA SEMPADAN INI,ILMU DI HUJUNG JARI.
KURANGKAN PERKARA YANG MELEKAKAN PENUH KHAYALAN.....

LAYARILAH WEB-WEB YANG BERMOTIVASI CONTOHNYA:-

http://jaarsmtd.blogspot.com
http://skorspm.com
http://sifu2b.wordpress.com
http://www.hafizpage.tripod.com
http://cikgufarizal.com

TEPUK DADA TANYA IMAN,INI LAH MASANYA KITA MENGATUR LANGKAH UNTUK BERLARI ,MASA DEPAN TERLETAK DIATAS DAYA USAHA KITA.
SETELAH USAHA DAN AMALAN TERLAKSANA.
AKHIRNYA BERSERAHLA
H SECARA BERTAWALKAL SEPENUHNYA KERANA ALLAH.