JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah
untuk
melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan
membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci
untuk beribadah,
berwangi-wangian.
4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas
sembahyang,
angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali
dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas
sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas
Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat
kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH
Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah
diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa
kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan
permintaan
kita.
5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca
Al-Quran atau berselawat.Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh
berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran
hingga terbit matahari.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada
ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat
kepada
Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan
istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan
penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa
memerhati
kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala
kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH
Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca
Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan
perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan
orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan
bukan
muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor
berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat
menyembahNYA.
5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi
nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga",
merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib,
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku
beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat
maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun
kerana fadhilatnya amat
besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh
tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-
gilir, seorang
baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling
kurang satu kali
sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar
mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa
hariesok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun
ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum
tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah
mati yg sementara,
kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.