Monday, May 28, 2007

Loghat 1

Hari ini aku akan mengembalikan loghat (lengok bahasa ) orang Pekan Bandar DiRaja sebutan dan makna yang boleh ditakfsir.
Ada orang kata intonasi /sebutan diPekan ini adalah mengikut air sungai Pahang yang mana pengalirannya sudah sampai kekemuncak dan sebutannya lebih senang difahami lebih daripada yang dihulu .

Sebutan Dan Makna
  • 1. Telinga Bopeng -Jenis orang yang pekak/tidak mendengar atau tidak ambil peduli nasihat orang.
  • 2. Jenis sifat Babil -Degil dan keras hati
  • 3. Suka Berdongeng -perbuatan suka mengacau / mengusik selalunya kepada kanak-kanak.
  • 4. Kelat - untuk rupa iaberkeadaan agak hitam tertapi untok rasa ia boleh dikatakan pahit.
  • 5.Bedoaah-perkara yang tidak betul/tipu
  • 6.Leca/lengbik-tilam tempat berbaring dibuat daripada kekabu.
  • 7.Selok-keadaan hati yang beria-ia/gelojoh
  • 8.Mengkarap-punah ranah ataupun jahanam
  • 9.Mengelatat-pantas macam lipas kudung
  • 10.Embat/piak-memalu dengan rotan
  • 11.Bergomol-berpelukan dengan cara ganas
  • 12.Sokmor-selalu/sentiasa/berkali-kali
  • 13.Makan sekali-perbuatan makan bersama
  • 14.Tak mudahwak-cakap perli kepada seseorang yang suka bergaya
  • 15.Jabil/kampil-sejenis alat yang mudah dibawa untok membawa barang ringan
  • 16.Sendat-sempit/tidak muat
  • 17.Telinga ceggeng-telinga besar
  • 18.Menderu-berlalu dengan cara berterusan/berduyun-duyun
  • 19.Toksah tebing-tidak perlu /usah dibuat
  • 20.Menceludu-bolos berterusan
  • 21.Berembat-bergegar dahan pokok
  • 22.Memekak-membuat bising
  • 23.Chopil-meletakkan barang ditepi
  • 24.Sekot-ceti
  • 25.Gogger-bising yang amat sangat
  • 26.Biar ialemak-berdendam untok membalas perbuatan
  • 27.Sekeh kepala-perbuatan mengetuk kepala
  • 28.Guana gamak-pertanyaan Macam man agak
  • 29.Ponjut-satu cara ikatan
  • 30.Berambat-berkejaran
  • 31.Kelentong-berdusta
  • 32.Gohet-mengayuh
  • 33.Bagainok rok-keadaan yang tidak boleh dikawal
  • 34.Yeak/yek-membenarkan sesuatu percakapan
  • 35.Mengelicai-tidak duduk diam
  • 36.Gendong-mendukong daripada belakang
  • 37.Tawar habir-rasa masakan tawar
  • 38.Senbah-menjerus air ditandas
  • 39.Poolok-makan dengan cara gelojo
  • 41.Sekali-bersama
  • 42.Beladong-melempah
  • 43.Mengelat-tipu daya
  • 44.Hapak-bau badan yang lama tidak mandi
  • 45.Hancing pering-bau yang busuk
  • 46.Gostan-undur kebelakang
  • 47.Mengelabar-darah gemuruh
  • 48.Chebit-mengangkat mengunakan jari
  • 49.Tuuhon-menuding seuatu dengan jari atau bibir
  • 50.Sepudai-sesuatu yang bertaburan
  • 51.Belanor-mengeluar dengan cara berterusan-cecair
  • 52.Melengking-panas yang amat sangat
  • 53.Nanor-tidak tentu arah/gila
  • 54.Legit-kalah
  • 55.Berdogeng-suka mengusik

Saturday, May 26, 2007

Selamat Panjang Umur


Baki usia yang ada ni perlu ditangani dengan penuh keimanan,jauhi amalan-amalan yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Aku puan tak sangka dan tak sedar sehinggalah kini anak-anak telah membesar dengan cepatnya,baru baru ni anak yang keempat dan kelima menyambut tarikh kelahiran mereka.

Yang besar tu nama Balqis 10 tahun dan adiknya 3 tahun.Kali ni lewat sikit beli kek kat mereka ...rasa bersalah pulak tak meraikan tarikh kelahiran mereka,bukannya apa takut nanti jadi perkara wajib pula bila tahun kelahiranya timbul.Ini akibatnya terlalu terpengaruh dengan gaya orang putih.

Tetapi apakan daya kuasa anak-anak terpaksa dilayan selagi mampu.

Friday, May 25, 2007

Pekan Fest


Bandar diraja Pekan sedang dihias dengan rancaknya,ini adalah kerana akan menyambut kedatangan orang ramai dalam agenda Pekan Fest.

Tarikh bermula Pekan Fest ialah pada 30 mei sehingga 3 Jun 2007.Banyak acara-acara telah diatur dalam program tersebut .Salah satu daripadanya program khas akademik Pekan Fest,pihak sekolah telah diarah membuat lamaran kepada ibu bapa untuk mengambil anak-anak angkat yang didatangkan daripada luar Bandar pekan.

Merekan ini akan ditempatkan dirumah keluarga angkat masing-masing selepas acara penyerahan, anak angkat tersebut merupakan pelajar-pelajar IPTA .

Pada siangnya mereka ini akan dibawa ke tempat tertentu untuk menjalankan program ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar UPSR,PMR dan SPM.Nampak daripada perjalanan kertas kerja yang buat sangat kemas kerana melibatkan anak bangsa kita,tetapi risau juga takut-takut disalah guna oleh pihak yang berkepetingan dalm politik ,maklumlah pilehanraya umum telah hampir

Untuk mendapat maklumat lanjut sila layari www.pekanfest.com.my daninfo@pekanfest.com.my

Monday, May 21, 2007

Ikan Duyung

Stockholm-Berita daripada Denmark
Telah diberitakan patung ikan duyung yang bertimpuh diatas batu dekat pelabuhan Compenhagen,telah di ceroboh oleh Vandal( Mat perosak harta awam) Mereka telah mengenakan pakaian Burga(pakaian ala Org.Pakistan) kat patung tersebut.Sebelum daripada kejadian itu ia juga telah dicat oleh mat yang sama dengan warna Merah.

Kisah tersebut boleh dijadikan iktibar.
1.Vandalisima ada dimana-mana tak kira Negara Maju ataupun Mundur dan
2.Betapa patung yang tak bernyawa pun perlu ditutup auratnya inikan pula kita yang hidup.

Aurat orang Islam wajib di tutup cantik,walaupun sehelai ramput kerana yang boleh melihatnya adalah maharam kita.

Sunday, May 20, 2007

Sumpah

Masa kini perkataan sumpah sangat senang diucap apatah lagi dengan bersaksikan nama Allah.
Kita sepatutnya sedar amalan tersebut sangat bertentangan dengan cara hidup orang islam

Tunggulah akibatnya sekira sumpah yang dibuat itu tidak benar kerana pada zaman nabi dahulu orang munafik saja yang berani bersumpah dengan nama allah, ini adalah demi menjaga image mereka didepan Rasulullah sedangkan mereka itu penentang sebenar orang islam -Bak kata perpatah Melayu "gunting dalam lipatan"

Dalam era modem ini amalan bersumpah selalunya berlaku kepada peniaga-peniaga di pasar,contohnya yang menjual buah-buahan ....Kata mereka " demiaallah buah ini manis...tak caya cuba rasa.

Kita sebagai pembeli terpengaruh dan membelinya dan apabila dibawa balek hampa kerana ada beberapa biji saja yang manis dan sebahagian masam.

Tanpa disedari sumpah mereka memakan tuan,rezeki yang disangka halal mendapat kutukan ini lah membuat perniagaan mereka tidak berubah dan sentiasa di takuk lama.

Sumpah sepatutnya dilakukan pada masa yang kita jangka tiada jalan lain lagi yakni Last Kopek.

Wednesday, May 16, 2007

malam bersejarah

Asalamualaikum semua bloger-bloger dialam maya sana,first time mendapat tempat sebagai ahli blog.
rasa aneh pulak sambil menaip terbayang-bayang dalam benak mindaku,apak topik yang sesuai untuk dibawa berbloger...?rasanya isu paling panas ialah kenaikan tepung gandum.

tapi berubah pula apabila isu kereta buruk kalau hendak dibeli kena bawak kat puspakom dah tu kena bayar pulak Rm 30.00.Inilah gara-gara negara maju.

nampaknya first time menaip ni-biarlah slow dulu