Tuesday, December 23, 2008

Doa akhir dan awal tahun

Pada 28/12/2008 sama-sama lah kita membaca doa akhir tahun pada waktu asar dan doa awal tahun pada waktu maghrib,semoga allah memberkati kita semua dimasa lampau penuh barakah dan masa hadapan penuh dengan iman dan takwa,amin.....selamat menyambut awal muharam 1430

Monday, December 22, 2008

Raya lagi








Sekitar Raya 8.12.2008





Hari Raya Haji 2008

Tahun ini di Lot 2000,acara kenduri korban diadakan pada 8/12/2008(Hari Raya Pertama)cuti satu hari sahaja bagi yang kerja kerajaan.
Tujuh perserta telah mengambil bahagian:
1.Azizah-Tok ma
2.Ramino
3.Kak Jamaliah
4.Jamaludi(Farhana)
5.Kak Hamisah(Norbaiti)
6.Nursufurah
7.Ifwah(Auni)
Setiap bahagian dikenakah sejumlah RM300.00

Aturcara majlis:
Pagi selepas solat Raya,lembu disembelih dirumah sembelihan lembu kerana cuaca kurang baik hujan.Siap dilapah dan dibahgikan sebahgiannya dimasak dan dijamu pada
malamnya,kita mengadakan tahlil dan solat hajat.Selepas solat isyak jemputan dikalangan saudara terdekat dan jiran tertangga dijemput menikmati kenduri tersebut.
Lot2000 menyucapkan terima kasih kepada yang hadir meraikan acara tersebut,insyaalah tahun depan kalau ada umur kita akan mengadakannya lagi.wassalam.

Kiraan kasar belanja mengurus:
A.Kutipan yang mengambil bahagian 300 x 7 Rm 2100.00
Sumbangan kak normah Rm 100.00
lain-lain sumbangan Rm 150.00

B.Harga lembu Rm 1900.00
Saguhati Tok Imam(sembelih) Rm 30.00
Saguhati Kerja lapah Rm 60.00
Upah(lori / sewa rumah sembelih) Rm 80.00
Bahan masakan Rm 150.00
van (karim) Rm 30.00

Sunday, September 28, 2008

Santai dkolam


Pagi ini 29.09.2008 cuaca redup seperti petanda lailatuqadar telah naik setelah turun malam semalam,bersyukurlah kepada sesiapa yang berqiamulai dan bertemu dengan nya malam tadi moga-moga akan mendapatkan pahala beribadat menyamai seribu bulan.

Semalam keluaraga kami berbuka dirumah ayahanda diperamu,kak Normah pun ada jugak .Tahun ini kak kata mereka akan balek kampung boleh jadi akan bertolak ke Muar pagi ni, ngah pun akan bertolak ke Melaka.Abang cik pula bercadang ber Hari Raya di rumah SU.

Abang yit boleh jadi balek ke Perak hari Raya kedua,tinggalah kami berkampung di Pekan aja.

Dimana pun kita berRaya tidak menjadi persoalan,yang penting cara sambutan tersebut jangan lah berlebihan dan lupa tatasusilanya.

Ok lah rasanya bateri lap top ni dah low, nanti kalau rajin aku update lain cerita pulok.

Sunday, June 15, 2008

Hari Bapa Sedunia


Hari ini dinobatkan sebagai HARI BAPA,sebagai anak yang mengenang budi tiada hadiah yang paling bernilai yang boleh diberi hanyalah mendoakan kesejateraan mereka dunia dan akhirat.

Kek menyambut hari lahir



Setiap tahun bila usia meningkat maka tanda untuk mengingati tarikh kelahiran tersebut lalu kita akan mengadakan sebiji kek,dengan itu resmi lah peristiwa tersebut sebagai kenangan abadi.Pada 06/06/2008 bersamaan cuti hari Agung Sebiji kek telah diraikan kepada isteri tercinta.Hari ini pula sebiji lagi untuk Tok Ma(Ibu tiri tercinta) yang menyambut dua hari lepas menjangkau 65 tahun.

Sunday, May 18, 2008


ADIB anak ku yang bongsu ni,...KELETAH bangat dalam loghat Pekan vs INDON,pelbagai ragam diterjemahnya sekira mendapat input baru dari Tadika nya.Tapi bak makan sekali sehari badan pun tak naik,kecik macam orang sakit.

Kata orang nama nya tak serasi,jadi tok mi panggil ADAM,ayah ngah kuantan suruh panggil ANUAR manakala aku pulak AH CAI pasai ramai orang cina sukakat dia.

Kesimpulannya bagi aku nama sangat penting,jadi kalau orag kata "Apa Ada Pada Nama?" orang itu silap

Tuesday, March 25, 2008

Menghunus Keris mengikut adat dan istiadat................

Sunday, March 9, 2008

Doa seorang pejuang ISLAM tulin






Bila kah agaknya negeri Pahang boleh melahirkan saf pimpinan sebegini ? Moga2 satu masa nanti
Stadium DarulMakmur boleh dibanjiri anak-anak kita untok Solat hajat demi kemakmuran daripada kemungkaran dan kemaksiatan.

Tuesday, February 26, 2008

Birthday Party at Harmoni







Hari ini pula Muhamad Adib menyambut usia ke 4 tahun kat Tadika Harmoni,ibu nya menyediakan makanan dan minuman dan dihidangkan disana.Meriah sekali melihat aksi dan gelagat mereka,guru dan pembantu pun tumpang sekaki.

Balqis





Kelmarin ulang tahun ke 11 sihidung kembang balqis.Budaknya kuat bergaya,kalau mengenakan tudung ala Arini(Mutiara Kasih TV 9).Jayan...... jangan tak layan nanti mukanya macam cuka masam.
Tak kisahlah janji belajar rajin-rajin tahun depan UPSR buat yang terbaik.