Wednesday, June 6, 2007

Tok Ma


Tok ma akan menyambut hari lahir ke 63 pada 15 Jun 2007(hari jumaat ini) ,terima kasih wajib diucapkan kerana telah berjaya menjaga dan melayan ayahanda selepas menduda seketika.


Walaupun kasih sayang ibu sebenar tidak boleh ditandingi sekurang-kurang kami adik beradik bersyukur kepada Allah atas ketentuannya.


Semoga kasih sayang yang sedia ujud dalam keluarga
Haji Abdul Jalil berkekalan sehingga akhir hayat wassalam dari kami .
Keluarga AlmarhumAnuar,Romino,Jamaluddi,Sharif,Roslee,Jalilawati,Affandi dan Nursufurah.

Tuesday, June 5, 2007

Waris tok bah



Empat beradek saja yang masih boleh anak cucu
menjenguk.....mereka lah tempat kami semua mendapat pahala free,kerana dengan hanya melawat atau menetap wajah-wajah mereka itu pun sudah cukup mengemaskini silaturahim antara anak,cucu,cicit dan cuit.

Jaga lah hati mereka agar anak-anak kita akan datang tidak menghantar kita ke Rumah Orang TUA.



KALIMAH ALLAH


Image tersebut....berlaku secara tidak dirancang ketika anak aku adib bermain bunga api Hari Raya Tahun lepas.Cuba perhatikan bentuk tulisan tersebut,bukannya apa sekadar berkongsi pandangan..ajaibkan .

Selamat Hari Jadi

Birth day ma....with son mohd adib..

Selamat Panjang umur,Selamat Hari Lahir,Selamat Tambah Usia,Selamat dan berbagai-bagai ucapan SELAMAT.Jarang orang meminta tak selamat,kalau ada alamatnya P.Ramlee kata "dia nak mampusss..."

Insyallah apabila umur meningkat maka nyawa kita makin hampir kepada malikal maut.Itu lah fitrah kehidupan.

Hari ini melangkah le ke tiga puloh dot..dot..dot... buat suspek sikit baru le glamor..........macam artis.Pada anak-anak saudara kalau nak ucap hari jadi tu SMS le,kalau nak email antar kat tengkuli2000@yahoo.com.my.

Kepala ni pening juga nak beli hadiah kat birth ma ni....tahun dulu beli tanah selori,rasanya kali ni-nak beli kereta Ferari kat iklan Shell tu.....Kha..Kha...

PTK

Semalam dapat result PTK.....kecundang lagi.Tu le...akibat tak baca buku.Tapi tak kisah kerana itu untuk kenaikan gaji aje,kalau untuk naik pangkat .......beresss.

Baru ni Ke KL temuduga naik pangkat tapi masaalahnya kena pindah Ibu Pejabat.SORRY......I kena tolak,rasanya buat masa ni tak minat lagi ...tunggggggguu Jangan jadi macam abang ku kat talikom tu dah naik pangkat tapi berhenti pulak.

Betul juga keputusannya, manakan tidak kenaikan Rm 200....tapi untuk belanja sara hidup disana melebihi Rm 200 mana ada jalan.Baik tak yah pindah buat saki jiwa je.

Saturday, June 2, 2007


Nampak tu daging lembu dah ready untuk dimasak,rasanya kalau tak kawal naik le lah darah aku....

Minggu cuti sekolah ni jemputan kenduri kahwin penuh dalam jadual dairi ku,kadang tu dalam satu masa sampai ada 3 jemputan.

Masa sekarang kerja kahwin dah berubah.Semuanya cepat dan pantas- bangsal tak payah cari buluh atau batang pinang ,hanya siap budget dan order saja nanti adale...orang hantar pasang canopy siap dengan kipas lagi.

Menu bagi orang Pekan Bandar DiRaja biasanya Masakan Opor .Dulu-dulu orang cerita ia adalah masakan Diraja .Rempah nya perlu buat khas oleh tukang masak yang berpengalaman dan tak peliklah sangat umppp bila disaji.

DiPekan ni banyak lagi tukang-tukang masak yang Kelas untuk memasak Opor,salah seorang daripadanya kita panggil Mat Ali.Aku selalu ikut beliau dulu tapi disebab masa terhad dan sibuk maka jarang le ikut beliau,satu lagi menu special di Pekan ni adalah manisan Puding Raja.

Manisan ni diperbuat dengan pisang lemak manis,pisang ini kurang ada ditempat lain hanya didearah Pekan kata orang....bentuk kecil dan comel,rasanya manis dan lemak.Kalau terrasa nak makan tunggu bulan Ramadan nanti(boleh dibeli di Pasar Ramadan)