Setiap kali kedatangan tahun baru ,ini menandakan tarikh kelahiran tok bah berganjak kerana di IC nya hanya tertera tahun 1927 bermakna beliau kini berumur 80 tahun.
Kali ini kami adik beradik merancang mengadakan sambutan kelahirannya dirumah adik bongsu ...Cik Su.
Semua keluarga berkumpul kecuali mamat (Affandi).
Aturcara bermula dengan sembahyang mahgrib,solat hajat dan thalil.
Selepas sembahyang isyak acara memotong kek dan ucapan panjang umur.
Kami bersyukur kepada allah kerana mendapat yang seorang ayah yang berjaya mendidik kami ketahap ini,AMIN....